Dec 29, 2010

KHALID ALI HEBAT DI ERA 80an




Khalid Ali pemain Selangor dulu adalah pemain hebat yang mewakili Malaysia
dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Pesta Bola Merdeka adalah aksi
yang dinantikan rakyat Malaysia ketika itu. Begitu juga Khalid Jamlus di era 90an.
Itu pasal sejarah bolasepak

Era 2010 ada juga Khalid, iaitu Khalid Gagap tapi kurang bijak.
Undang2 tubuh Negeri Selangor pun tak tau.. Haiyaaa.. MB apa ni.


Abdul Khalid dilaporkan mahu mengadap Sultan Selangor berkaitan hal tersebut, mungkin untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap pelantikan tersebut.

Tindakan itu dilihat bukan sahaja tidak bijak kerana menyangka pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Ini memandangkan kerajaan negeri sudah mempunyai tiga nama yang mahu dipersembahkan kepada Sultan Selangor bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Senario itu jelas menunjukkan menteri besar tidak mempunyai pengetahuan berkaitan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959

 Selanjutnya............    klik sini


 

Oh ..Malaysia... semoga berjaya.

Malam ni pertemuan akhir Malaysia menentang Indonesia. Apakah Malaysia mampu
mempertahankan  kelebihan 3 gol ..
Sama-sama kita doakan kejayaan pasukan Malaysia.

Terkenang masa dulu kehebatan Moktar Dahari untuk pasukan Malaysia dan juga Selangor.





Pra Olimpik '' 1984 ''  (1983)

Perlawanan Persahabatan Selangor / Boca Juniors Di Stadium Merdeka (1982)


Adakah kini Malaysia mempunyai pengganti ' SUPERMOKH'

Dec 28, 2010

12 DALIL UCAPAN ANWAR YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM !

12 dalil utama ucapan anwar yang ternyata bercanggah dengan kehendak islam. (SEBARKAN)



12 Dalil kesalahan-kesalahan Anwar yang dikupas oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady adalah seperti berikut :

1. Persoalan Ekslusif Agama (Religious Exclusivism) – hanya satu agama sahaja yang benar, manakala agama lain adalah salah.

Anwar Ibrahim : Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.

Uthman El-Muhammady : Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagian/syurga, tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Al Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.

2. Persoalan Pendapat Ahli Sufi Jelaluddin al-Rumi

Anwar Ibrahim : Pluralisme Agama dianjurkan sejak dari abad ke-13 lagi. Buktinya kata-kata oleh penyair sufi, Jelaluddin al-Rumi yang menyebut; “Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan”(The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality).

Uthman El-Muhammady : Pandangan ini tidak benar kerana Jelaluddin al-Rumi adalah seorang Muslim, Sunni, bermazhab Hanafi yang bersyair dalam konteks kerangka Islam dan bukannya di luar konteks Islam. Bukannya antara agama Islam dengan agama-agama lain. Tentang simbolik ‘cahaya’ dan ‘lampu’ itu perlu dilihat dari segi amalannya sebagai seorang sufi yang bersyair dalam kerangka Islam. Ia berbicara tentang manusia yang perlu ‘menyeberangi’ sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, menuju ke alam hakikat. Namun begitu, mesti berpegang kepada syariat dan bukan meninggalkannya.

3. Persoalan Konsep Agama Adalah Universal 

Anwar Ibrahim : Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan.

Uthman El-Muhammady : Konsep ini berlawanan dengan anjuran Al Quran. Kebenaran Islam adalah satu. Yang benar adalah apa yang Allah utuskan kepada Nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW.


4. Persoalan Pendapat Dante, Penyair Kristian abad ke-14

Anwar Ibrahim – Dante, penyair Kristian di Itali pada abad ke-14 menganjurkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat bukan semata-mata dengan ‘Kuasa’ tetapi juga dengan ‘Akal’. Visi Dante ini sama dan boleh dihubungan dengan visi tokoh-tokoh Islam termasuk al Farabi dan Ibn Rush.

Uthman El-Muhammady : Dante tidak menganjurkan pluralisme agama. Beliau hanya menerima agamanya (Kristian) dan menolak agama lain. Dalam epik puisi ‘The Divine Comedy’, karya Dante, beliau meletakkan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali rd ke dalam neraka. Dalam ajaran Islam, setelah turunnya al Quran maka mansuhlah semua sistem kepercayaan lain, dan ajaran Quran adalah universal. Dalam Islam, ‘Akal’ semata-mata bukan penentu kepada kesejahteraan tetapi juga bergantung kepada kepercayaan ‘Wahyu’ dan ‘Syariat’. Sebab itu al Farabi dan Ibn Rush tidak bergantung kepada ‘Akal’ tetapi beriman kepada ‘Wahyu’ Al Quran dan Syariat Nabi Muhammad SAW.

5. Persoalan Konsep Kebebasan Beragama VS Pluralisme Agama

Awar Ibrahim : Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

n
Uthman El-Muhammady : Jika negara-negara Islam, adalah wajar kerajaannya berpihak kepada Islam dan memelihara syariat-syariatnya. Dalam Islam, kerajaan tidak boleh menganggap bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, kerana kebenaran itu tetap ada, dan negara itu mesti berpegang kepada kebenaran tersebut. Sebab itu, al-Mawardi di Baghdad pada zamannya memastikan pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang ramai apabila berlaku penyelewengan akidah ajaran Islam. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh menganiayai pihak yang bukan Islam, mereka tetap diberi hak untuk mengamalkan agama mereka.

6. Persoalan Firman Allah, ‘Tidak Ada Paksaan Dalam Agama’

Anwar Ibrahim : Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman ‘tidak ada paksaan dalam agama’, maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.

Uthman El-Muhammady :Tidak ada paksaan dalam agama’ (2:256) dalam Islam bermaksud bahawa umat Islam tidak boleh memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam. Ia terletak pada pilihannya. Tetapi apabila seseorang itu sudah Islam maka ia tertakluk kepada undang-undang Islam, termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama Islam. Kita tidak menafsir kebebasan beragama itu bermakna kebebasan untuk murtad bagi orang Islam.
Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan Quran. Dalam Islam ‘freedom of conscience’ (kebebasan jiwa) bukannya kebebasan ala Barat tetapi harus tunduk dengan akidah dan syarak Islam.

7. Persoalan Konsep Menuju Kepada Yang Satu

Anwar Ibrahim : Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran.

Uthman El-Muhammady : Dalam Islam konsep ‘Menuju Kepada Yang Satu’ perlu dilihat dalam konteks Quran. Tentang sistem kepercayaan lain yang menyebut semua jalan membawa kepada Yang Satu, kalau Yang Satu itu membawa kepada kekaburan, itu akan mengundang masalah. Penyembahan Berhala bukan Yang Satu, Penyembahan Tuhan yang bukan secara tauhid juga bukannya Yang Satu, begitu juga kepercayaan tentang sesuatu kuasa ghaib yang kabur, mengatasi yang lain, juga bukan Yang Satu dalam Al Quran.

8. Persoalan Semua Kepercayaan Agama Adalah Sama

Anwar Ibrahim : Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Uthman El-Muhammady : kebenaran-kebenaran yang tertinggi (higher truths) yang mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth) juga perlu dilihat dalam konteks Al Quran. Apabila diturunnya Al Quran, maka terputuslah kebenaran agama-agama lain (‘muhaiminan ‘alaih). Menurut Islam tidak ada yang benar, melainkan ajaran al-Quran.

9. Persoalan Perintah- Perintah Eksklusif (Exclusivist Claims) 

Anwar Ibrahim : Hari ini, terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan.

Uthman El-Muhammady : Adalah janggal sekiranya umat Islam menerima Bible dan kitab-kitab lain selain Al Quran sebagai ‘wahyu’. Teori John Hick yang mengatakan hanya Pluralisme Agama yang membawa kebahagian dan syurga tidak akan mempengaruhi umat Islam yang setia dengan wahyu Al Quran.

10. Persoalan Konsep Kebebasan

Anwar Ibrahim : kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh ‘pihak lain’, terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeluduk masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat.

Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

Uthman El-Muhammady : Tentang pengamatan demikian ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah nilai-nilai kebebasan bersuara, kebebasan media dan yang sepertinya tentang demokrasi dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience), pada muslimin adalah perkara-perkara yang mesti tunduk kepada orientasi Syara’: Kalau kebebasan itu tidak bertentangan dengan Syara’, maka kebebasan itu dialu-alukan, tetapi sekiranya kebebasan itu bertentangan dengan Syara’ maka ia perlu dijauhi.

Sudah tentu bagi Muslimin, Syara’ mengatasi bahan pemikiran para pemikir semata-mata. Kalau diletakkan pemikiran-pemikiran dari para pemikir mengatasi Syara’ dan ijma’, itu adalah malapetaka intelektual dan rohaniah. Pihak yang berbicara tentang nilai kebebasan manusia sejagat perlu juga menghormati manusia beragama dalam mengamalkan agamanya dan bukannyahendak membatalkan amalan pihak lain dan mempromosikan haknya semata-mata. Itu pun bercanggah dengan nilai hak-hak asasi manusia.

11. Persoalan Syariat Islam

Anwar Ibrahim : Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu, dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang ‘pertembungan tamadun’ yang telah dan masih meletihkan yang seperti ianya sama dengan pukulan ‘gendang purba’ itu. Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot: Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah boleh pula berupa sebagai kebebasan.

Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang menggelegak (bahaya) dalam umat Islam itu sendiri. Kita boleh melihat suatu pertembungan yang lebih merbahaya dan membimbangkan yang berlaku dalam tamadun yang sama(Islam), antara yang lama dan baharu (the old and the new), yang lemah dan kuat (the weak and the strong), moderat (liberal) dan fundamentalist (the moderates and the fundamentalists), dan antara modernis dan traditionalis (the modernists and the traditionalists).

Turki dan Indonesia dengan terang sedang merintis jalan demokrasi bagi umat Islam untuk ikutan mereka. Kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah yang segera akan berlaku juga berupa suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal dapat dicapai, walaupun, sayangnya, hambatan-hambatan yang dibentangkan di hadapannya oleh setengah negara-negara ahli itu sangat nyata memberi isyarat tentang Islamophobia yang ada. Di Asia Tenggara, Indonesia sudahpun mencapai garis penyudah [dalam amalan demokrasinya] manakala jiran-jirannya yang muslimin dalam negara masing-masing masih lagi terlekat dalam tahap permulaan jalannya. 

Uthman El-Muhammady : Kita perlu melihat kenyataan ini dalam suluhan ajaran Islam tentang ada bahagian-bahagian Syara’ yang kekal dan ada yang berubah-ubah, dan bukan semuanya berubah-ubah. Akidah Ahli Sunnah tidak berubah; perincian-perincian Syara’ berkenaan dengan perkara-perkara baru yang tidak ada dalam nas secara terang-nyata dari fatwa-fatwa zaman berzaman boleh berubah. Tetapi kalau perubahan itu melibatkan seperti menghalalkan persetubuhan haram, judi, zina, menghalalkan yang haram dalam ijma’, kerana terpengaruh dengan ‘penemuan-penemuan’ para pemikir, ini tidak dibolehkan.

12. Persoalan Jihad

Anwar Ibrahim : Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengesahkan perbuatan-perbuatan keganasan dalam pelbagai bentuk dan rupanya, tetapi akhirnya menjadi kabur antara garis jihad dan keganasan. Mujurlah adanya pentadbiran Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan berbanding polisi Bush yang mengamalkan sifat percanggahan dan memilih bulu, dalam memerangi keganasan, dengan memberi sokongan kepada para autokrat (penguasa kuku besi) di dunia Islam di satu pihaknya, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi di satu pihak lain pula. Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbirannya (Obama) itu, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika dalam hubungan dengan Dunia Islam.

Uthman El-Muhammady : Kalau dalam suasana semasa ada penafsiran jihad yang tersasul dalam setengah umat Islam (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan tidak patut diremehkan) itu tidak boleh dijadikan dalil untuk penafsiran yang menyeluruh mewakili arus perdana umat Islam. Bagaimanapun, ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak lepas, mahupun sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.

rujukan AIDC.

Dec 27, 2010

Video jaringan gol MALAYSIA VS INDONESIA

Jom layan gol-gol yang dijaringkan oleh pasukan Malaysia





 







TANIAH UNTUK PASUKAN MALAYSIA

Dec 26, 2010

Felda bayar bonus RM100.9 juta

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti berjumlah RM100,916,600 kepada para peneroka di tanah rancangan di seluruh negara mulai Januari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.
Katanya, 94,281 peneroka yang menghantar hasil ke Felda dari Januari hingga Oktober tahun ini akan menerima bayaran RM400 (minimum) dan RM1,200 (maksimum) bergantung kepada jumlah penghantaran hasil.
“Kerajaan berharap pemberian bonus ini menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing pada masa hadapan.
“Pada masa sama, saya juga ingin mengajak semua peneroka menyertai program bersama Felda selaras usaha berterusan agensi ini untuk meningkat pendapatan peneroka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas jumlah penerima bonus, Najib berkata, ia melibatkan 83.7 peratus daripada keseluruhan 112,635 peneroka manakala baki 18,354 peneroka tidak layak menerimanya kerana tidak menghantar hasil kepada Felda.
Selain itu, jelas Perdana Menteri, peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil kepada Felda serta hasil kurang daripada jumlah minimum ditetapkan, juga tidak layak menerima bonus itu.
Najib memberitahu, bagi peneroka sawit, kelayakan minimum menerima bonus ialah 8.01 tan per hektar manakala ganjaran maksimum membabitkan hasil lebih 17 tan per hektar dan ke atas.
Bagi peneroka getah, beliau berkata, kelayakan minimum ialah 600.01 kilogram per hektar dan ganjaran maksimum akan diberi kepada peneroka yang menghantar hasil melebihi 1,400 kilogram per hektar.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri menjelaskan, Felda memberi pertimbangkan khas dalam bentuk wang tunai RM400 kepada 2,000 peneroka yang prestasi hasilnya tidak memuaskan atas beberapa faktor munasabah.
“Mereka yang diberi pertimbangan khas ini ialah peneroka yang sedang menunggu proses tanaman semula, kawasan kebun diambil untuk tujuan pembangunan serta tanaman rosak akibat penyakit ganoderma dan serangan kulat,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

47 GRO warga asing diserbu

PULAU PINANG 25 Dis. – Meskipun tangkapan dilakukan hampir setiap hari, kegiatan warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di negeri ini terus berlaku.
Awal pagi ini, 47 lagi GRO dari Vietnam, China dan Thailand ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Jones di sini.
Pusat yang sama pernah diserbu awal tahun ini dan beberapa kali tahun lalu. Namun, seperti kebiasaannya, selepas beberapa minggu serbuan dilakukan, ia akan beroperasi semula dengan menggunakan perkhidmatan GRO baru.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Abdul Qadir Siddiq Ahmad berkata, dalam ‘Ops Sayang’ itu pihaknya menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pengurus di pusat hiburan berkenaan dan seorang lelaki warga Myanmar.
Katanya, kesemua GRO terbabit iaitu 28 warga Vietnam, 18 China dan seorang Thailand bertempiaran lari termasuk cuba meloloskan diri dari pintu depan dan belakang premis apabila pusat hiburan yang menjadi ‘sarang’ kegiatan tidak bermoral itu diserbu pihak imigresen.
Namun, cubaan GRO wanita yang berpakaian merah ala Santa Claus sempena sambutan Krismas itu tidak berhasil apabila mereka semua dicekup oleh pihak berkuasa.
“Tujuh pegawai dan anggota Jabatan Imigresen serta 19 pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang terlibat dalam operasi bersama yang bermula pada pukul 12.45 pagi hingga 4 pagi itu.
“Hasil pemeriksaan ke atas 12 bilik karaoke di situ, kita menahan kesemua 47 GRO tersebut yang ketika itu melayan pelanggan masing-masing,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Pengarah SPRM negeri, Datuk Latifah Md. Yatim.
Kelmarin, 24 GRO warga asing ditahan di sebuah pusat hiburan eksklusif di Persiaran Gurney oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri kerana dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral.
Abdul Qadir berkata, hasil siasatan awal mendapati semua GRO berusia 20 hingga 30 tahun itu bukan sahaja menjalankan aktiviti tidak bermoral malah menetap di sini melebihi tempoh yang ditetapkan.
Katanya, semua wanita terbabit kini ditahan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 55 (b) akta yang sama kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta melanggar syarat permit.
“Pengurus premis pula akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji dan melindungi warga asing tanpa permit,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Dec 22, 2010

Cabaran Ezam

AIDCNews – 20/12/10 – Senator Ezam Mohd Noor mencabar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB. Azmin Ali supaya mengambil tindakan terhadap adiknya, Ummi Hafilda Ali sekiranya dakwaan yang dilemparkan itu tidak benar.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan berkata demikian dalam program ceramah Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) di Dewan Seong Yip Club, Pekan Ampang, Sabtu lalu (18 Disember)
Mingguan Malaysia pada 12 Disember lalu menyiarkan berita muka depan kenyataan Ummi Hafilda yang menyeru abangnya (Azmin Ali) kembali ke pangkal jalan, bertajuk “Taubatlah Azmin”.

Muka Depan Mingguan Malaysia, 12 Disember
Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, Saifulizam Mohamad itu, adik bongsu Azmin Ali itu mendedahkan skandal Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Shamsida Taharin (isteri Azmin) yang pernah terdedah kepada umum pada tahun 1998 sepatutnya menjadi pengajaran kepada abangnya (Azmin) untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Skandal itu terbongkar melalui surat keramat yang ditulis oleh Ummi Hafilda dan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir pada 5 Ogos 1997. Klik di sini
“Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat.
“Semasa saya menjalani perbicaraan selama 100 hari, kakak saya dan Azwan (abang) ada. Jika Azmin di pihak yang benar, mengapa kakak tak ikut dia ? Kenapa kakak tidak sokong dia ?”, kata Ummi Hafilda.
” Anwar dan Azmin adalah tuan-tuan besar yang berkuasa di Kementerian Kewangan ketika mereka berada dalam tampuk pemerintahan negara. Saya ingin bertanya, siapa yang mengawal peruntukan saham-saham bumiputera ? Mengapa hanya orang tertentu sahaja yang dapat ? Bukti-bukti ini telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun lepas oleh bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari. Sehingga kini rakyat masih tertunggu-tunggu apakah kedudukan kes tersebut”, katanya lagi.
AIDCNews difahamkan ketika Anuar Shaari mendedahkan pemilikan saham-saham itu, pada 17 November tahun lalu, Azmin Ali pernah mengertak bekas Setiausaha Sulit Anwar itu dengan ugutan saman di mahkamah, tetapi sehingga ke hari ini Azmin belum mengotakan gertakan tersebut.Klik di sini
Ketika menyokong pendedahan Ummi Hafilda itu, Ezam Mohd Nor mempersoal sikap berdiam diri Azmin berkenaan dengan dakwaan beliau dan isterinya (Shamsida) memiliki saham berjuta-juta ringgit sewaktu menjadi Setiausaha Sulit kepada Anwar sewaktu Ketua Umum PKR itu menjadi Menteri Kewangan.
Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar turut mendedahkan, Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan pernah melakukan salah guna kuasa dengan mengarahkan kroninya di Bank Negara, Dato’ Abdul Murad Bin Khalid (Penolong Gabenor) menyalurkan sumber kewangan kepada badan pelobi asing yang dikenali Asia Pacific Policy Cente (APPC) untuk menaikan imejnya di Amerika Syarikat.
Ketika itu, APPC diketuai oleh pelobi Yahudi bernama Douglas H Paal.
Menurut rekod, pada 26 Oktober 1999, Dato’ Abdul Murad telah menandatangani satu akuan berkanun yang mendakwa Anwar mewujudkan 20 akuan induk bernilai RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya.
Menurut Akuan berkanun itu, Anwar telah mengarahkan Abdul Murad untuk membayar AS$10 juta (RM38 juta) kepada APPC yang dimiliki oleh Douglas H Paal. Klik di sini
Akuan berkanun Abdul Murad juga turut menyentuh peranan kroni Anwar, Tong Kooi Ong, Phileo Allied Berhad dan Shamsida Taharin;
“Seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong, juga turut terlibat dalam bantuan kewangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tong Kooi Ong adalah Chief Executive Officer (CEO) kepada Phileo Allied Berhad, yang disenaraikan di Papan Utama KLSE. Phileo Allied Bank juga di bawah kawalan Tong Kooi Ong. Tong Kooi Ong diperkenalkan oleh saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemudian mereka menjadi sangat rapat.
“Tong Kooi Ong kemudian mendedahkan kepada saya bahawa sebagai balasan bantuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dia menubuhkan “Master Account” di bawah kawalannya. Di mana sumbangan kewangan dibuat untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim… Tong Kooi Ong mendedahkan kepada saya “Master Account” itu bernilai RM200 juta..” kata Abdul Murad dalam akuan berkanunnya. Klik di sini
Abdul Murad yang mengadakan sidang media di di Hotel Grand Olimpic pada 28 Oktober 1999 itu juga memberitahu Anwar telah mengarahkan Kooi Ong supaya mengambil Shamsida Taharin bekerja dengan banknya.
Kata Abdul Murad: ”Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.”Klik di sini

sumber Aidc

WARKAH UNTUK PM (1997)

Pada Setember 1998 negara kita telah digemparkan dengan satu sejarah hitam  dalam senario politik negara ini . Ianya bermula dengan pembongkaran pada 1997 oleh Ummi Hafilda tentang salah laku TPM pada masa itu.
Ramai yg tidak tahu apakah surat yang dihantar oleh Ummi Hafilda kepada PM? Dikalangan parti pembangkang telah kedengaran desas-desus spekulasi tentang salah laku TPM pada masa itu namun ianya dinafikan oleh PM.
Tahniah buat Ummi Hafilda yang telah menyelamatkan Negara ini daripada menuju ke arah kehancuran.

Untuk mengetahui apakah isi kandungan surat Ummi Hafilda boleh download link di bawah.

download - WARKAH UNTUK PM -

http://www.mediafire.com/?b6h8scxjb89uq9o




Post by : MJ

Dec 21, 2010

TIKET FINAL PIALA SUZUKI MULA DIJUAL ESOK!!!




KUALA LUMPUR 21 Dis. – Tiket perlawanan akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia yang berlangsung 26 Disember ini, mula dijual mulai Khamis ini.

Jurucakap FAM berkata, tiket-tiket pada harga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi berbumbung itu akan dijual mulai pukul 10 pagi hingga 7 petang di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Katanya, sebanyak 70,000 tiket disediakan untuk para penyokong pasukan kebangsaan manakala 15,000 lagi untuk penyokong Indonesia. - Utusan 

Post by MJ

Warga Felda Ditipu Oleh Anwar dan Pas


Semoga apabila para peneroka Felda terbaca perkara ini dapat menyedarkan mereka dari lamunan dan mengetahui siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan rakan sekutunya iaitu Pas.
Sebelum ini mereka cuba hendak menjadi hero kepada warga Felda kononnya mereka berjuang untuk peneroka Felda yang katanya banyak ditipu oleh kerajaan.
Pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada kepada kerajaan termasuklah mengheret para peneroka ke mahkamah untuk menyaman kerajaan.
Rupa-rupanya itu pembohongan semuanya. Warga Felda ditipu hidup-hidup oleh mereka. Mereka tidak ikhlas berjuang untuk peneroka, sebaliknya hanya untuk mencari undi dan mencari wang untuk peguam-peguam yang terdiri dari orang mereka.
Sepertimana yang kita tahu, hasil utama yang dikeluarkan oleh Felda adalah minyak kelapa sawit. Tanpa tanaman sawit Felda boleh mati, dan peneroka tidak boleh cari makan lagi.
Dua hari lepas, seorang ahli parlimen dari Australia yang menjadi penentang utama minyak kelapa sawit Malaysia dan pernah menganjurkan rang undang-undang dalam parlimen Australia yang menyasarkan terhadap minyak sawit telah dijemput dan dibawa oleh Anwar Ibrahim ke Parlimen Malaysia. Sini
Senator Nick Xenophon, seorang ahli parlimen dari Selatan Australia bukan setakat anti minyak sawit, malah menyokong dan mempertahankan Anwar dalam kes liwat yang dihadapinya.
Nah warga Felda ! Sekarang barulah anda tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan Pas. Di depan anda mereka berpura-pura menyokong anda, dibelakang dia bersekongkol dengan orang yang anti minyak sawit yang menjadi punca pendapatan utama warga Felda.

Posted By MJ
SUMBER : wak cetuk 

Pas Takut Nyatakan Sokongan Kepada Sultan Secara Terbuka ?

Pada minggu lepas satu rombongan pemimpin Pas Selangor yang diketuai oleh Hassan Ali telah mengadap KDYMM Sultan Selangor.
Daripada pengamatan Selangor Daily kemungkinan besar pemimpin-pemimpin Pas berkenaan mengadap Tuanku adalah rentetan daripada luahan rasa kesal yang dinyatakan oleh Sultan Selangor dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia beberapa minggu lepas berhubung segelintir pemimpin Pakatan Rakyat yang menghina ketuanan melayu.
Sepertimana yang kita tahu, bukan sahaja Sultan Selangor, malah beberapa Sultan lain juga tidak senang dengan tindakan segelintir pemimpin Pakatan Rakyat yang menghina bangsa melayu.
Oleh yang demikian kami merasakan Pas Selangor mengadap Tuanku untuk menyatakan sokongan kepada ketuanan melayu.
Dakwaan kami ada asasnya kerana Pas Selangor tidak membawa Khalid Samad bersama dalam rombongan itu kerana mereka bimbang sokongan yang mereka nyatakan kepada Tuanku akan dibocorkan oleh Khalid Samad kepada pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.
Jika dakwaan kami benar, maka ini adalah sesuatu yang amat malang. Malang kerana Pas tidak berani menyatakan secara terbuka sokongan mereka kepada ketuanan melayu serta raja-raja melayu kerana takut kepada bangsa lain.

Posted By wak cetuk