Dec 22, 2010

Cabaran Ezam

AIDCNews – 20/12/10 – Senator Ezam Mohd Noor mencabar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB. Azmin Ali supaya mengambil tindakan terhadap adiknya, Ummi Hafilda Ali sekiranya dakwaan yang dilemparkan itu tidak benar.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan berkata demikian dalam program ceramah Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) di Dewan Seong Yip Club, Pekan Ampang, Sabtu lalu (18 Disember)
Mingguan Malaysia pada 12 Disember lalu menyiarkan berita muka depan kenyataan Ummi Hafilda yang menyeru abangnya (Azmin Ali) kembali ke pangkal jalan, bertajuk “Taubatlah Azmin”.

Muka Depan Mingguan Malaysia, 12 Disember
Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, Saifulizam Mohamad itu, adik bongsu Azmin Ali itu mendedahkan skandal Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Shamsida Taharin (isteri Azmin) yang pernah terdedah kepada umum pada tahun 1998 sepatutnya menjadi pengajaran kepada abangnya (Azmin) untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Skandal itu terbongkar melalui surat keramat yang ditulis oleh Ummi Hafilda dan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir pada 5 Ogos 1997. Klik di sini
“Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat.
“Semasa saya menjalani perbicaraan selama 100 hari, kakak saya dan Azwan (abang) ada. Jika Azmin di pihak yang benar, mengapa kakak tak ikut dia ? Kenapa kakak tidak sokong dia ?”, kata Ummi Hafilda.
” Anwar dan Azmin adalah tuan-tuan besar yang berkuasa di Kementerian Kewangan ketika mereka berada dalam tampuk pemerintahan negara. Saya ingin bertanya, siapa yang mengawal peruntukan saham-saham bumiputera ? Mengapa hanya orang tertentu sahaja yang dapat ? Bukti-bukti ini telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun lepas oleh bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari. Sehingga kini rakyat masih tertunggu-tunggu apakah kedudukan kes tersebut”, katanya lagi.
AIDCNews difahamkan ketika Anuar Shaari mendedahkan pemilikan saham-saham itu, pada 17 November tahun lalu, Azmin Ali pernah mengertak bekas Setiausaha Sulit Anwar itu dengan ugutan saman di mahkamah, tetapi sehingga ke hari ini Azmin belum mengotakan gertakan tersebut.Klik di sini
Ketika menyokong pendedahan Ummi Hafilda itu, Ezam Mohd Nor mempersoal sikap berdiam diri Azmin berkenaan dengan dakwaan beliau dan isterinya (Shamsida) memiliki saham berjuta-juta ringgit sewaktu menjadi Setiausaha Sulit kepada Anwar sewaktu Ketua Umum PKR itu menjadi Menteri Kewangan.
Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar turut mendedahkan, Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan pernah melakukan salah guna kuasa dengan mengarahkan kroninya di Bank Negara, Dato’ Abdul Murad Bin Khalid (Penolong Gabenor) menyalurkan sumber kewangan kepada badan pelobi asing yang dikenali Asia Pacific Policy Cente (APPC) untuk menaikan imejnya di Amerika Syarikat.
Ketika itu, APPC diketuai oleh pelobi Yahudi bernama Douglas H Paal.
Menurut rekod, pada 26 Oktober 1999, Dato’ Abdul Murad telah menandatangani satu akuan berkanun yang mendakwa Anwar mewujudkan 20 akuan induk bernilai RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya.
Menurut Akuan berkanun itu, Anwar telah mengarahkan Abdul Murad untuk membayar AS$10 juta (RM38 juta) kepada APPC yang dimiliki oleh Douglas H Paal. Klik di sini
Akuan berkanun Abdul Murad juga turut menyentuh peranan kroni Anwar, Tong Kooi Ong, Phileo Allied Berhad dan Shamsida Taharin;
“Seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong, juga turut terlibat dalam bantuan kewangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tong Kooi Ong adalah Chief Executive Officer (CEO) kepada Phileo Allied Berhad, yang disenaraikan di Papan Utama KLSE. Phileo Allied Bank juga di bawah kawalan Tong Kooi Ong. Tong Kooi Ong diperkenalkan oleh saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemudian mereka menjadi sangat rapat.
“Tong Kooi Ong kemudian mendedahkan kepada saya bahawa sebagai balasan bantuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dia menubuhkan “Master Account” di bawah kawalannya. Di mana sumbangan kewangan dibuat untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim… Tong Kooi Ong mendedahkan kepada saya “Master Account” itu bernilai RM200 juta..” kata Abdul Murad dalam akuan berkanunnya. Klik di sini
Abdul Murad yang mengadakan sidang media di di Hotel Grand Olimpic pada 28 Oktober 1999 itu juga memberitahu Anwar telah mengarahkan Kooi Ong supaya mengambil Shamsida Taharin bekerja dengan banknya.
Kata Abdul Murad: ”Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.”Klik di sini

sumber Aidc

No comments:

Post a Comment