Jan 26, 2011

Inilah terjadi bila agama dipolitikkan

Azab dunia! Fitnah PAS yang paling Zalim di Tenang.

Bila baca laporan laman Harakah tentang ahli PAS terpaksa menguruskan dan sembahyangkan jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda di Tenang baru-baru ini, kita mula terfikir sejak bila PAS pentingkan fardu kifayah  untuk orang UMNO? 
Bukankah kata ulama mereka HARAM berimamkan imam orang UMNO, apalagi sembahyangkan jenazah orang UMNO?
 “para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam, apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.”


Haji Hamzah adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan setiap jenazah yang meninggal dunia di kampungnya. Bagaimanapun beliau dan kariah masjid kampung, malah waris keluarga terbabit turut mendapat aib daripada perlakuan ahli PAS yang tidak diundang ini.

Siapa yang lebih utama sembahyangkan jenazah selain daripada waris terdekat? Kenapa melangkah hak mereka, kemudian memfitnah mereka?
Semoga Allah membalas perbuatan puak (Syiah) PAS ini dengan balasan sepatutnya. Nawaitu mereka terang-terang bukan kerana Allah, tetapi demi keuntungan politik semata-mata. Sungguh hina mereka ini!!!
Inilah parti yang penuh dengan golongan pembuat fitnah, yang hanya berjuang dengan menyebarkan fitnah dan hidup atas dasar memfitnahkan orang lain. Buat rakan UMNO sekalian, mungkin patut melindungi diri dengan membaca Surah Al-Kahfi ayat 1-10, setiap kali bertembung dengan puak-puak ini.


“Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”. 


Jan 24, 2011

Meja X-file - Siasatan SPRM ke atas Azmin

Azmin Ali pernah disiasat BPR (sekarang SPRM) pada tahun 1995 kerana terdapat laporan terdapat kekayaan luar biasa yang dimiliki Azmin yang tidak setimpal dengan pendapatannya. Siapa yang melaporkan kepada BPR ketika itu dan kenapakah Azmin dilaporkan kepada BPR adalah dua persoalan yang menggambarkan memang dari dulu (sejak Azmin menjadi Setiausaha Sulit Kanan-SUSK- Anwar di Kementerian Kewangan) sumber kekayaannya amat diragui.
Memang benar Azmin disiasat BPR pada tahun 1995, tetapi bukan berkaitan dengan saham. Siasatan ketika itu berkaitan dengan bukti fizikal yang nampak di depan mata iaitu ‘Kereta Mewah’ dan ‘Rumah Mewah’. Tiada siasatan berkaitan dengan pemilikan saham-saham yang bernilai jutaan ringgit, kerana bukti itu tidak nampak secara umum. Azmin dan Shamshida sembunyikan semua resit-resit pembelian saham-sahamnya, tetapi sekarang sudah terbongkar, bermakna SPRM mempunyai bukti baru yang telah disembunyikan sebelum ini.
Perlu ditegaskan siasatan BPR pada tahun 1995 hanya berkisar berkenaan rumah dan kereta dan siasatan SPRM pada tahun 2009 berkisar berkenaan dengan saham. Bermakna siasatan yang berkisar dua aspek yang berbeza. Tetapi SPRM boleh menyambung semula, siasatan lama (1995) yang tertunggak sebelum ini berdasarkan dengan penemuan bukti bukti baru (pemilikan saham). Kerana dengan adanya bukti-bukti pemilikan saham menggambarkan Azmin dan Shamshida mampu membeli kereta mewah dan rumah mewah.
Anuar-Azmin-440
Anuar Shaari, bekas pegawai khas Anwar di Kementerian Kewangan membuat laporan polis berkenaan pembelian saham-saham Azmin-Shamshida bernilai jutaan ringgit
Azmin kata, buktikan beliau mendapat saham-saham terbitan khas yang dikeluarkan dari Kementerian Kewangan ? Azmin sengaja memanipulasikan kenyataan, tuduhan terbaru ke atasnya bukan saham terbitan khas dari Kementerian Kewangan, tetapi saham-saham yang dibelinya sendiri oleh Azmin dan Shamsida serta menggunakan proksi-proksi adik beradik Shamshida (Jamil, Jamal dan Johan) melalui pembelian saham terbuka di pasaran saham dan saham-saham di syarikat-syarikat tertentu.
Bukti-bukti pembelian saham telah dikemukakan kepada SPRM dan sudah bertebaran di internet dan mungkin Azmin-Shamshida sudah melihatnya di internet, sebab itu dia berani mencabar saham-saham yang lain yang tidak wujud khususnya dari Kementerian Kewangan. Ini bukan soal saham kelulusan dari Kementerian Kewangan, tetapi persoalannya dari mana Azmin dan Shamshida memperolehi kewangan membeli saham-saham bernilai jutaan ringgit yang tidak setimpal dengan statusnya pegawai kerajaan, SUSK di Kementerian Kewangan
Perlu diingat Azmin dan Shamshida memiliki saham bernilai lebih RM10.5 juta pada sekitar tahun 1992-1995, adalah dianggap seorang yang jutawan pada tahun tersebut. Sesiapa yang memiliki wang RM1 juta pada tahun 1990-an sudah dianggap jutawan, apatah lagi memiliki wang sebanyak RM10.5 untuk membeli saham.
Itu baru pembelian saham yang dapat dibuktikan, bagaimana pula dengan pembelian saham yang masih belum dapat dibongkar? Bagaimana pula dengan simpanan tetap Azmin-Shamshida di Bank Singapura dan Switzleand ?
Apa berlaku dalam siasatan BPR 1995 ?
Memang Azmin disiasat pada tahun itu, tetapi dengan campur tangan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau mengarahkan siasatan ke atas Azmin Ali dihentikan.
Anwar yang kononnya mahu memperkasakan BPR telah menggunakan kuasanya melantik kroninya, Datuk Shafie Yahya sebagai Ketua Pengarah BPR dengan tujuan semua kuasa penyiasatan BPR di bawah telunjuk Anwar.
Seperti kata bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor dalam ceramahnya di Petaling Jaya, kononnya Anwar mahu membanteras rasuah tetapi dalam masa yang sama melantik kroninya menjadi Ketua Pengarah BPR. Bukankah itu juga malan rasuah dan kronisme ? Kenapa Anwar tidak mencadangkan badan BPR yang tiada pengaruh Anwar seperti SPRM yang diluluskan di parlimen hari ini ?
Apabila Azmin diadu melakukan rasuah, Anwar serta-merta mengarahkan Datuk Shafie Yahya menghentikan siasatan dengan alasan sekiranya siasatan diteruskan akan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri kerana Azmin Ali adalah salah seorang pegawai kanan yang amat dipercayai di pejabatnya. Maka siasatan pun dihentikan dengan tiada apa-apa dokumen penting dimasukkan ke dalam fail siasatan.
Siasatan 95, campur tangan Anwar, bagaimana pula siasatan 98 ?
Kata Azmin, baiklah jika siasatan pada tahun 1995 dihentikan kerana campur tangan Anwar yang berkuasa sebagai TPM ketika itu, kenapa siasatan pada tahun 1998, ketika Anwar sudah kehilangan kuasa, Azmin juga dilepaskan.
Siasatan 1998, bukanlah siasatan BPR tetapi siasatan polis. Dua entiti yang berbeza dengan tujuan yang berbeza. Pada tahun 1998, Azmin tidak disiasat oleh BPR tetapi disiasat oleh polis kerana mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM dan Menteri Kewangan. Orang pertama yang perlu disiasat polis ekoran pemecatan Anwar adalah pegawai yang paling kanan iaitu Azmin Ali.
Azmin sendiri mengakui dia direman 8 hari dalam siasatan itu. Tetapi siasatan polis ketika itu bukan menjurus kepada pemerolehan harta Azmin, sebaliknya siasatan lanjut berkenaan dengan gerak kerja Azmin sepanjang menjadi pegawai kanan Anwar Ibrahim, suspek utama yang akan didakwa ketika itu.
Siasatan polis menjurus kepada penyelewengan Anwar yang bakal didakwa di mahkamah pada tahun 1998, bukannya siasatan ke atas penyelewengan Azmin. Tiada penglibatan BPR menyiasat Azmin pada tahun 1998.
Siasatan polis ke atas Azmin pada tahun 1998 bertujuan untuk dijadikan bukti di mahkamah semasa pendakwaan ke atas Anwar, berkaitan dengan penyelewengan dan salh laku yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dalam menghalang siasatan lanjut berkenaan skandal Anwar dan Shamshida yang juga merupakan isteri kepada Azmin Ali.
Sebab itu polis menahan reman Azmin selama 8 hari, kerana orang yang bakal didakwa di mahkamah membabitkan isterinya sendiri, Shamshida Taharin.
Tetapi terdapat perkara pelik yang dilakukan oleh Azmin semasa 8 hari siasatan itu. Dalam tahanan reman itu, dia banyak membuat pengakuan eksklusif (yang masih disimpan dalam rekod polis Bukit Aman), tetapi apabila tampil di mahkamah, Azmin menukar pengakuannya dan menjadi pembela Anwar pula.
Ekoran daripada itu, Azmin telah membuat kenyataan yang bercanggah di mahkamah dengan kenyataan lisannya semasa dalam tahanan polis. Maka, Azmin telah dibicarakan kerana membuat pengakuan palsu pada tahun 1999. Perbicaraan Azmin memberi keterangan palsu, Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan.
Azmin terlepas daripada penjara 18 bulan, apabila hakim Mahkamah Rayuan menerima permohonan rayuan Azmin dan dibebaskan sepenuhnya pada tahun 2009.
Ada kes yang masih belum terbongkar
azminPeguam
Azmin Ali pernah dihukum penjara 18 bulan kerana membuat keterangan palsu
Datuk Khalid Murad
Pengakuan bersumpah Abdul Khalid Murad, bekas penolong Gabenor Bank Negara berkenaan penyelewengan Anwar
Kes penyelewengan di Phileo Allied Bank seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah, Datuk Khalid Murad masih belum dibongkarkan sepenuhnya. Bank itu sudah gulung tikar sekarang ini ekoran salah guna melampau Anwar Ibrahim menggunakan proksi menubuhkan bank untuk kepentingan agenda politik serta meletakkan kekasihnya, Shamsida Taharin di situ.
Shamsida goyang kaki tanpa perlu hadir ke pejabat, tetapi dalam masa sama diberikan pelbagai kemudahan termasuk kereta audi dan pemandu serta kemudahan lain termasuk elaun-elaun tambahan yang mencecah hampir RM30 ribu sebulan. Maka tidak hairan jika Phileo Allied Bank bangkrap selepas Anwar dipecat daripada Menteri Kewangan.
Tong Kooi ong-Phileo Allied Bhd
Proksi Anwar di Phileo Allied Bank, Tong Kooi Ong
Selain melantik proksi Anwar bernama Tong Kooi Ong menjadi CEO Phileo Allied Bank, Anwar juga mendapat 30 persen daripada bank itu melalui proksinya bernama Hassan Moktar dan Ahmad Latif yang dilantik sebagai pemegang syer dalam syarikat Utus laksana yang menjadi pemegang syer terbesar Phileo Allied Bank.
Walaupun Anwar telah mengarahkan semua dokumen-dokumen di Phileo Allied Bank dilupuskan sebaik sahaja dia dipecat pada tahun 1998, namun bukti-bukti hidup masih ada sampai sekarang. Pekerja-pekerja di bank itu yang merana kerana bank telah gulur tikar dalam sekelip mata boleh menjadi saksi bagaimana penyelewengan Anwar bermaharajalela atas nama Menteri Kewangan.
Ramai pekerja-pekerja Phileo Allied Bank yang boleh menjadi saksi. Salah seorangnya adalah Ng Seng Hing yang menjadi akauntan/financial controller Phileo.
Paling menarik di bangunan Phileo Allied Bank itu terdapat sebuah bilik VVIP khas, tempat rehat Anwar Ibrahim dan Shamsida Taharin dalam kekerapan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Bilik rehat VVIP itu hanya untuk Menteri Kewangan dan Executive Corporate Affairs, Phileo (Shamshida) sahaja.
Tentu Wan Azizah juga ingin tahu jika kes Phileo Allied Bank ini dibongkar semula.
sumber – X-File

Jan 11, 2011

Hancuss..! Car Wash SEX Di DUN Kinrara..?? Teresa Kok Tutup Mata..?? Hassan Ali Tumpang Sekaki….??


Sambil cuci kereta.., sambil cuci mata…! Boleh cuci Spark Plug jugaaa…???

WOW! Hebatnya negeri Selangor…., macam macaam adaaa..! Pengirim email kepada Blogmaster ceritakan sudah ada Car Wash SEX di dalam kawasan Kinrara – Puchong, hanya untuk selected invited clients sahaja..!

Mazidul Akmar Sidek dengan Zakiah Anas kena siasat perkara seperti ini…
“macha” yang kurus tinggi ini dikatakan sebagai Supervisor yang mengawal selia perjalanan operasi Car Wash SEX ini setiap hujung minggu….
Adakah ‘Brother” botak yang memakai t shirt merah [sedikit terlindung] itu adalah owner Car Wash SEX ini atau pun dia juga merupakan client [pelanggan] yang dibenarkan masuk ke tempat ini..??
Aksi-aksi panaass untuk menggiurkan pelanggan….! Pekerja pekerja yang diimport dari negara China menjalankan peranan mereka…

Hebatnya negeri Selangor semenjak diperintah oleh DAP yang menggunakan wakil PKR, Khalid Gagap sebagai budak suruhan memegang jawatan Menteri Besar, dan PAS pula hanya menjadi pencacai kelas atasan!

Semakin banyak perkara perkara pelik berlaku…, hebat Pakatan Rakyat..!! PAS tak perlu tegur dan tegah aktiviti seperti ini, mereka juga punyai nafsu seks, maka mereka juga boleh menjadi pelanggan yang terpilih pusat khidmat Car Was SEX ini…!

Diharapkan pihak kerajaan negeri dapat tampil dan jelaskan…, benarkah wujud Car Was SEX didalam kawasan DUN Kinrara..??

Sebelum ini, pernah juga kecoh mengenai program beberapa gadis seksi dari Medan membuat aksi cuci motor juga dalam negeri Selangor…, klik sini.
 
 




Jan 10, 2011

3 Ogos 2012 : 15 Ramadhan / Jumaat... Astagfirullah Hal Azim..


1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj.
( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)
Penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Itulah hari yang teragung di sisi Allah taala, dan ia adalah lebih besar daripada hari raya fitrah dan korban. Pada hari itu terjadi lima peristiwa: 1. Allah ciptakan Adam a.s. 2. Allah turunkan Nabi Adam a.s. ke bumi. 3. Allah mematikan Nabi Adam. 4. Ada satu saat yang tidak ada seorang hambapun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 5. Terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
*Sekadar renungan dan perkongsian ilmu.. Kalaupun tidak benar, palsu, tidak sahih, tidak ada konsistesi dalam hal ini, anggaplah sekadar peringatan untuk kita menambah amalan.. Insyallah.. * Kononnya pihak JAKIM menyatakan hadith yang berkenaan adalah hadith palsu... SUMBER : Facebook, Mr.Google, Blogger...