Nov 26, 2010

Ustaz Taib Azamudden Tahu Anwar Peliwat...




Ustaz taib azamudden yang kini menjadi Ajk pas pusat dan ahli parlimen baling tahu yang anwar memang kaki liwat, dalam pengakuan yang di record di hadapannya sekitar tahun 1998 dulu dan buku yang pernah di keluarkan bertajuk "bekas imam besar bongkar rahsia anwar" mengesahkan lagi yang ustaz taib azamudden dan pas tahu perlakuan liwat anwar.

Nov 25, 2010

TERDEDAH LAGI

 Nampaknya dah makin terdedah sekarang. Dokumen yang disertakan bukan direka-reka untuk pembohongan kepada rakyat. Beginilah KUASA yang disalah gunakan. 

Smlm MP Wangsa Maju yang dah keluar PKR, Wee Choo Keong mendedahkan 2 individu penting yang didakwa terlibat dalam kes pasir di Selangor. Salah seorangnya adalah pemilik syarikat Sungai Rambai Angkut Sdn Bh Datuk Tan Chin  Huat yang mendapat tender membeli pasir dari KSSB. Aku nak betulkan kenyataan dari Utusan. KLIK SINI. Sungai Rambai Angkut bukan mendapat tender tapi dilantik secara terus oleh KSSB untuk mendapatkan harga istimewa dalam pembelian pasir.Ini adalah surat balasan daripada Sungai Rambai Angkut kepada KSSB mengatakan penghargaan kepada KSSB kerana diberi rebet istimewa dalam pembelian pasir. Diskaun yang diberikan bukanlah RM.30 sen tetapi sebanyak RM0.70 sen seperti tertera di dalam surat tersebut.Dalam masa yang sama Sungai Rambai Angkut juga menyatakan bahawa KSSB wajib memberikan harga istimewa kepada mereka berbanding orang lain tanpa alasan yang kukuh.Kalau dikira alasan mereka membeli pasir dalam jumlah yang banyak, aku yakin banyak lagi syarikat yang membeli pasir dalam kuantiti yang banyak daripada KSSB.Aku tak salahkan Sungai Rambai Angkut dalam keistimewaan ini.Sebagai syarikat yang berniaga ini adalah peluang terbaik kepada mereka.Apa yang aku persoalkan adalah adakah ada kemungkinan berlaku salah guna kuasa di dalam KSSB sehinggakan Sungai Rambai Angkut diberi keistimewaan seperti ini berbanding syarikat lain.Mengikut sumber hanya 2 syarikat diberi keistimewaan seperti ini iaitu Sungai Rambai Angkut dan juga LCE.Malangnya LCE tidak diberi harga yang sama dengan Sungai Rambai Angkut.




Aku yakin barua-barua Khalid Gagap akan cuba bermain dengan macam-macam alasan.Aku nak tunjukkan bagaimana Sungai Rambai Angkut dijadikan proxy oleh pengurusan KSSB dalam urusniaga pasir. Secara logik setiap pasir yang dibeli haruslah melalui KSSB dan bayaran dibuat terus kepada KSSB. Persoalannya sekarang kenapa syarikat pasir lain terpaksa membeli pasir dengan Sungai Rambai Angkut bukannya dibeli terus daripada KSSB.Barua-barua Khalid Lembu akan kembali bertanya apa buktinya. Aku jawap ini buktinya. Kenapa sebuah syarikat Levelhill Transport & Trading Sdn Bhd terpaksa membayar sejumlah RM20 ribu kepada Sungai Rambai dan bukannya kepada KSSB.Untuk pengetahuan Levelhill adalah sebuah syarikat yang menjadi pembekal kepada Sunway Group iaitu salah sebuah syarikat pembinaan terbesar di Malaysia.Klik Sini.




Kesimpulannya senang sahaja, Sungai Rambai diberi diskaun sehingga RM0.70 sen.Rujuk surat di atas dan dijual kepada syarikat-syarikat lain.Soalan logik yang budak darjah 1 boleh fikir, kemana keuntungan RM0.70 sen itu pergi? Kepada Sg Rambai Angkut? Sebelum itu cuba kita fikir kenapa perlu keuntungan diberi kepada Sg Rambai Angkut. Adakah lebih baik keuntungan diberikan kepada KSSB yang mana keuntungannya boleh digunakan untuk kebaikkan rakyat Selangor. Seperti tajuk di atas, apa yang dikatakan oleh YB Wee Choo Keong itu betul. Adakah YB-YB yang keluar daripada Pakatan Rakyat itu penipu atau PR itu sendiri menipu rakyat?? Fikirkan Bersama.



 







Nov 16, 2010

SEJARAH DAP PANAS!! SENARAI PERISTIWA SEJARAH DAP YANG PATUT DIKENANG


1. Deklarasi Setapak pada 29 Julai 1967 di Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan Pertama DAP, telah menggariskan beberapa perkara yang antaranya; bermatlamat mengembangkan ideologi negara yang bebas, berkehendakkan demokrasi berfahaman sosialis berdasarkan prinsip sama rata antara kaum, menuntut kesaksamaan sosial ekonomi antara kaum, serta mendesak Universiti Merdeka diiktiraf sebagai universiti kaum Cina.

2. Oktober 1967, DAP menjadi satu-satunya parti dari Malaysia yang menganggotai Socialist International (SI) yakni sebuah pertubuhan yang memperjuangkan sosialisme/komunisme/liberalisme/zionisme/sekularisme etc. dan salah seorang yang pernah menjadi naib presiden SI ialah Ehud Baraq, mantan PM Israel. Antara associated organisations yang terlibat secara langsung dengan SI ialah World Labour Zionist Movement (WLZM). Beberapa agenda sulit SI yang dikenalpasti antaranya adalah untuk mengembangkan Christianity ke serata dunia, yang sangat bertepatan dengan ideologi DAP kerana anggota DAP sendiri terdiri daripada ramai penganut Kristian. Seandainya dikaji dengan lebih mendalam sejarah penyertaan DAP dalam Socialist International, pasti anda akan memahami 'rahsia' kejayaan DAP memenangi banyak kerusi Parlimen di PRU-4, sehingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.

3. 18 Oktober 1990, Karpal Singh mengatakan dengan lantang, "Jika mahu wujudkan negara Islam...langkah mayat saya dulu!"

4. 5 Mei 2008, Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Azlan Shah selaku Ketua Agama Islam Negeri yang memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

5. Pada tahun 2008 juga, Teresa Kok meraikan kemenangan DAP dalam PRU-12 dengan memanggang 5 ekor babi sebagai simbolik orang Cina dalam Pakatan Pembangkang berjaya menguasai 5 negeri dengan PAS & PKR sentiasa berada di bawah telunjuk mereka. Sebab itulah agaknya ada ahli parlimen PAS yang menyokong pelajar membawa bekal babi ke sekolah.

6. Teresa Kok turut menuntut papan tanda jalan yang bertulisan Jawi di sekitar Kuala Lumpur & Selangor ditukarkan ke bahasa Mandarin; selain menuntut agar azan di setiap surau dan masjid dalam negeri Selangor diperlahankan.

7. Ronnie Liu mengarahkan semua arak yang dirampas atas 'usaha' Hassan Ali dalam kawasan majoriti penduduk Islam di Selangor, supaya dikembalikan semula kepada penjual/peruncit.

8. Tanah wakaf orang Islam seluas 4 ekar di Kampung Kebun Bunga, Selangor telah didirikan Dewan Perhimpunan Orang Ramai, Persatuan Perkuburan Cina. Sebelum itu, BN yang mentadbir Selangor telah berusaha untuk memindahkan dewan tersebut ke kawasan lain. Tetapi apabila Pakatan Pembangkang mengambil alih pemerintahan Selangor pada 2008, usul pemindahan dewan oleh BN sebelumnya telah ditolak DAP dengan sokongan Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

9. 16 Mei 2008, Exco Kerajaan Negeri dari DAP telah mengarahkan 130 unit lot perumahan bumiputera di Perak agar dijual ke pasaran terbuka dengan nilai hartanah bumiputra itu hampir RM5 juta.

10. Semasa Pakatan memerintah Perak, borang permohonan tanah di Pejabat Tanah di arah cetak dalam bahasa mandarin dan tamil, kononnya untuk memudahkan kefahaman kepada kaum bukan Melayu. Hakikatnya, mereka berhasrat untuk mengambil tanah milik Melayu secara senyap tanpa disedari orang Melayu yang pasti tidak faham akan kandungan borang yang dicetak menggunakan kedua bahasa tersebut.

11. Lim Guan Eng pernah menyarankan agar jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang digantikan dengan kaum Cina.

12. Lim Guan Eng adalah seorang penakut dan cepat menggelabah apabila ditekan atau disergah. Itulah ciri seorang 'khalifah' yang sangat diagongkan para juak PAS.

13. DAP menaruh harapan untuk menguasai negara ini di PRU-13. DAP sanggup melakukan apa saja demi merealisasikan impian kerana beranggapan sekiranya mereka gagal dalam misi menguasai Malaysia di PRU-13, maka cita-cita mereka mungkin akan terkubur selamanya.

14. DAP hari ini memiliki 29 Kerusi Parlimen di Dewan Rakyat yang menjadikannya parti dominan dalam Pakatan Pembangkang berbanding PKR (26) dan PAS (23). Strategi DAP di PRU-13 adalah meletakkan calon Melayu bagi mewakili parti mereka, maka tidak mustahil DAP akan terus kekal menjadi PARTI DOMINAN PAKATAN selepas PRU-13 kelak.

15. Menyokong Nik Aziz, Bro Anwar Bin Ibrahim, Husam Musa, Azmin Ali dan PKR, BERERTI anda rela diperalatkan demi memenuhi impian DAP menguasai Persekutuan Malaysia.

16. Apakah pilihan yang ada?

Sumber Paneh Miang

P/s: Kot2 teringin nak tengok PM kita bertukar kaler.. cubalah..

Nov 15, 2010

PAS GANTI UMNO ?

MT juga hairan kenapa pas tak ada pendirian langsung. Ceramah kat puak Melayu lain , ceramah kat puak Cina/India citer lain lak. Ini la namanya bala yg Allah bagi sbb melacurkan agama, bangsa dan negara.. sampai otak pun tak boleh fikir panjang.

Takkan nak jd Parti Kencing Rakyat kut..


PAS GANTI UMNO ? … PENDIRIAN PAS SENTIASA TONGGENG TERBALIK !

PAS memang diketahui tidak pernah konsisten bila memperjuangkan atau membangkitkan sesuatu isu. Seminar PAS Ganti UMNO lebih kepada satu lagi retorik besar para pemimpin PAS yang kembali menagih sokongan dan undi orang Melayu dan menutup kelemahan yang terdedah luas.

GWM mempertikaikan mengapa secara drastik isu orang Melayu mula diketengahkan kembali sedangkan perjuangan PAS sepatutnya adalah ’PAS for All’, bukan ’PAS for Malay’. PAS sepatutnya memperjuangkan Islam untuk semua, bukan untuk satu bangsa, ras atau kaum.
Bukankah ini bermaksud Hadi Awang melanggar amanat dan fatwa beliau sendiri di Masjid Rusila lebih 20 tahun dahulu. Mengapa PAS begitu pantas menimbulkan isu orang Melayu perlu sokong parti mereka dan menolak UMNO ?

PAS kononnya parti yang memperjuangkan Islam untuk semua bangsa, bukan untuk satu bangsa seperti UMNO. UMNO sememangnya diketahui adalah sebuah parti kebangsaan milik orang Melayu.

Adakah ini bermaksud PAS kini turut berlumba dengan UMNO untuk menjadi sebuah parti kebangsaan? Adakah ini juga bermaksud PAS akan menjadi parti Assabiyah! PAS secara tidak sedar sudah menjadi lebih liberal dari UMNO.


Sebenarnya, PAS telah melakukan kesilapan besar sewaktu Muktamar PAS ke 56 tempoh hari. Rakusnya pemimpin PAS yang mahukan undi bukan orang Melayu telah menyebabkan pengundi tradisi PAS mula beralih arah kepada UMNO.

Bukti yang jelas adalah di PRK Galas, sokongan dan undi orang Melayu mula beralih arah kepada UMNO selain dari isu isu tempatan yang tertunggak sejak PAS memerintah Kelantan.
Dalam mengejar undi bukan Melayu dan mahu mencalonkan bukan Melayu sebagai calon parti, Hadi Awang dan pemimpin tertinggi yang lain alpa dan terlupa dengan perlembagaan PAS itu sendiri.

Perlembagaan PAS Fasal 3 dan 4 jelas menunjukkan seruan PAS ialah Allahu Akbar!. Fasal 9(2) nyata mahukan calon beragama Islam. Bagaimana pula dengan Fasal 6(2) ''Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.''
Apakah calon calon bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memenuhi kriteria Perlembagaan PAS? Mampukah mereka ini menunaikan apa yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS?
Itulah sebabnya PAS kini kembali menagih sokongan dan undi orang Melayu. Keghairahan PAS dengan penubuhan DHPP yang terdiri dari bukan Melayu sebenarnya gagal.

Di Muktamar PAS ke 56 juga, para perwakilan sudah berani menghentam pucuk pimpinan kerana terlalu ghairah dengan DHPP dan mengenepikan pengundi tradisi yakni orang Melayu. Agak pelik kerana para perwakilan lebih jelas nampak bahaya kepada sokongan dari pengundi tradisi yang semakin menyusut.

Seperti artikel terdahulu, GWM tidak pernah nampak rasional mengapa PAS perlu mengadakan satu seminar yang sentiasa memperbodohkan ahli ahlinya.

Yang jelas, seminar ini lebih mirip kepada luahan dan kekecewaan PAS yang tewas di DUN Galas. Idris Ahmad memang hebat berkokok. Para penceramah sebenarnya seronok mencari keburukan dan kejelekan UMNO.
Maka timbullah cerita dongeng ... UMNO bukan Islam, UMNO menjadikan Islam sebagai kuda tunggangan, UMNO peralat orang Melayu untuk kepentingan peribadi, UMNO penyebab orang Melayu merempat di bumi sendiri, Orang Melayu paling ramai termiskin dibawah, UMNO gagal atasi masalah sosial dan akhlak dan berbagai lagi kecaman.


Pada hemat GWM, adalah lebih baik jika seminar tersebut diadakan untuk melihat kembali bagaimana PAS perlu lebih bijak untuk mengurus kewangan parti dan sumber hasil dalam negeri.
PAS sehingga kini masih gagal untuk memberi penjelasan ke mana menghilangnya dana ’tabung tabung’ yang diwujudkan. Dr Hatta Rami masih belum lagi menjawab persoalan sehingga ke hari ini.

Begitu juga dengan penubuhan 5 kompleks PAS Malaysia di Hulu Kelang yang dicanang satu Malaya. Projek naik taraf Markas di Taman Melewar, Sungai Merang dan Paya Indah. Apa yang sudah terjadi ...

Itulah yang GWM katakan ... PAS terlalu sibuk dengan isu luaran, dan menidakkan isu dalaman parti.

Isu sekecil KOHILAL pun PAS tidak mampu selesaikan, apatah lagi dengan isu besar dan nasional. Itu yang sepatutnya dijawab dan di tangani. Bukan di tutup buku dan dibasuh tangan dengan alasan budak budak tadika.
Amat memalukan apabila Datuk Mansor Saad (Pengarah Eksekutif Koperasi Malaysia) mengeluarkan kenyataan bahawa KOHILAL tidak diuruskan secara professional. Tidak ada unsur unsur Corporate Governance, Accountability, Tranparency dan Integrity dalam pentadbiran KOHILAL.

Pelaburan pengurusan KOHILAL yang tidak berhemah adalah fakta sebenar kerugian yang dialami sebanyak RM 45 juta (RM 45,000,000.00) ! Dan kerugian ini juga yang akan ditanggung seramai 23,000 ahli, yang telah membuat pelaburan sejak 20 tahun yang lalu.

Tak perlulah PAS membuang masa dan wang ‘rakyat PAS’ untuk seminar yang sememangnya tidak mendatangkan sebarang faedah kepada orang Melayu. Sepatutnya, PAS telah lama memikirkan bagaimana menangani isu dalaman yang kian bergolak.
Lebih baik tumpukan sahaja masa dan tenaga di Kelantan, yang tengah teruk mengalami defisit kewangan hampir RM 1 billion. Di tambah lagi dengan isu bayaran pampasan kepada syarikat konsesi balak, Timbermine Sdn Bhd yang mencecah RM 800 juta.

Tampallah segera jubah yang dipakai, yang dah koyak rabak sampai menampakkan keburukan diri sendiri ...  


MELAYU ATAS PAGAR
-GWM-

PREPAID KAD TOP UP

JUAL SECARA BORONG  UNTUK 100 KEPING KAD :-

 HOTLINK  - RM9.80





CELCOM - RM9.75





DiGi - RM9.85






PEMBELIAN TUNAI. (COD) - KLCC

Jika berminat sila email untuk tempahan - redzone_1010@yahoo.com

AMALAN KRONISME DALAM PKNS ???



Siapa sahul hamid bin sheikh daud  yang mempunyai 3 syarikat namun tetap diberikan kontrak oleh PKNS :

1)PING teknologi sdn bhd. skop kerja menyewa peralatan ICT dan software telemarketing. jumlah kontrak RM731 ribu.

2) agensi pekerjaan people resources malaysia sdn bhd milik sahul juga menerima kontrak sebagai pengurus telemarketing dengan kontrak berjumlah RM 975 ribu.

3) syarikat my event sdn bhd yang mendapat kontrak menyelenggara data base berjumlah RM 961 ribu.

tiga kontrak di atas telah diluluskan tanpa mendapat kelulusan mesyuarat jawatankuasa tender perbadanan !
Sumber: GAP

Fan page FB AC tutup ???

AC Mizal dikatakan menutup fan page Facebook gelangnya. Beliau mengeluarkan status di profil Facebooknya mengenai penutupan fan page itu atas alasan terdapat user yang menyamar sebagai Sultan Pahang. AC Mizal sebelum ini dipalit dengan pelbagai kontroversi dari isu rumah tangga hingglah isu gelangnya itu. 
Mat Teropong - panas..panas.. dimusim tengkujuh

UMNO Selangor desak Abdul Khalid letak jawatan

PETALING JAYA 14 Nov. – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Selangor berikutan kegagalannya untuk memantau pembaziran yang dilakukan oleh pengurusan badan berkenaan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Abdul Khalid tidak layak memimpin yayasan itu kerana beliau hanya menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu memaklumkan kepadanya.
‘‘Abdul Khalid telah memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa beliau tidak diberitahu mengenai majlis sambutan ulang tahun ini dan kos yang terbabit.
‘‘Kami amat kesal dengan kenyataan seperti ini. Beginikah cara kita mentadbir sebuah yayasan kerajaan negeri apabila menyerahkan kepada pegawai hendak buat apa yang mereka suka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-58 Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Selangor di sini hari ini.
Pada Jumaat lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud memaklumkan Sultan Sharafuddin telah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Isnin ini kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.
Menurut Ramli, Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai pembaziran dan berpendapat wang itu lebih berfaedah jika digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan golongan kurang berkemampuan.
Dalam pada itu, Noh berkata, beliau turut kesal dengan kebiadapan Abdul Khalid yang merujuk Sultan Sharafuddin dengan ganti nama ‘beliau’ pada satu sidang akhbar semalam dan ia telah disiarkan menerusi Buletin Utama TV3, malam tadi.
‘‘Kita telah diajar di sekolah supaya menggunakan perkataan patik bagi merujuk kepada diri sendiri dan memanggil sultan dengan ganti nama baginda atau tuanku. Apa yang dilakukan oleh Abdul Khalid jelas sekali bertentangan dengan budaya Melayu.
‘‘Inilah akibatnya apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terlampau asyik berkawan dengan DAP sehingga lupa adat budaya kaum kita,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Noh tetap mempertahankan kenyataannya semalam bahawa kos sebenar penganjuran majlis sambutan ulang tahun itu adalah melebihi RM800,000.
‘‘Saya difahamkan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki semalam telah membuat penafian dengan menyatakan bahawa kos penganjuran hanya RM285,000, jadi kita akan serahkan bukti kepada pihak yang akan melakukan audit terhadap pengurusan dan kewangan yayasan ini.

Mat Teropong - Lampu kuning sedia nak berhenti, Lampu merah kena berhenti .